Thursday, February 17, 2011

KENALI MARAH DAN NAFSU

Bismillahirrahmaanirrahim…

Sudah lama jari ini tidak menari-nari di atas papan kekunci untuk menabur sedikit ilmu dan pengalaman kepada para pembaca. Mungkin terlalu sibuk dengan tugas sebagai seorag guru pelatih dan kerja-kerja yang lain. Tambahan pula otak ini pula tidak mencernakan tajuk ataupun artikel yang sesuai untuk di kongsi. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi sedikit ilmu dengan para pembaca tentang 2 sifat yang ada pada makhluk ciptaan Allah SWT yang bernama manusia iaitu MARAH dan NAFSU.

Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali Rahimahullahu Taala memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.




Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud:

"Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".






Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.


Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah"
 (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.



Thursday, December 16, 2010

Ingatan Akhir Zaman...


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita dari saat kita bangun tidur sampailah saat kita hendak tidur balik. Jika kita hitung nikmat Allah s.w.t yang Dia kurniakan kepada kita pada hari ini, nescaya tidak terhitung banyaknya nikmat yang diberikanNya kepada kita. tidak terputus walaupun sesaat nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita. tapi bagaimana pula balasan kita terhadap Allah?? Adakah cukup dengan kita solat fardhu  5 waktu secara berjamaah?? Cukupkah dengan kita mengucapkan Alhamdulillah selepas kita mendapat nikmat daripadaNya??  Sahabat sahabiah sekalian, perlulah ada di dalam diri kita persoalan-persoalan sebegini supaya kita menjadi hamba yang benar-benar bersyukur serta tahu bagaimana cara terbaik untuk kita bersyukur kepada Allah s.w.t. Banyak ayat-ayat suci Al-Quran yang memberitahu kita tentang ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang bersyukur. antaranya ialah:


“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman ? dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.”                                                    (surah An-Nisa’, ayat 147)





“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. dan Allah Maha pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.”                                                                                      (surah At-Tahgaabun, ayat 17)



“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".                                      (surah Ibrahim, ayat 7)



Pada  hari Selasa baru-baru ini aku berpeluang mendengar kuliah maghrib di masjid kampung aku yang di sampaikan oleh seorang ustaz J-QAF. Beliau memberi kuliah berkenaan dengan hadith Rasulullah s.a.w yang menceritakan tentang peristiwa pada akhir zaman. hadith tersebut berbunyi :

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".                                                                                                                 (Riwayat Muslim)


Sahabat sahabiah sekalian, perlu kita sedar bahawa Yahudi dan Nasrani telah mempengaruhi umat Islam dari pelbagai aspek. mereka menentang umat Islam habis habisan. Mereka sesekali tidak redha dengan umat Islam selagi umat Islam tidak mengikut jejak mereka. Mereka akan redha dan menjulang sesuatu kaum atau individu itu setelah  kaum dan individu tersebut mengikut cara mereka seperti yang digambarkan oleh hadith diatas iaitu jika kaum Yahudi dan Nasrani masuk lubang biawak bergelumang dengan kotoran, kita turut masuk lubang biawak dan bergelumang dengan kotoran.
Trend peperangan Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam bukan lagi peperangan senjata. Mereka tidak merobohkan masjid atau tempat ibadat. Mereka juga tidaklah menghalang sesebuah Negara mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi. tetapi mereka menyerang umat Islam melalui cara hidup, pembinaan sahsiah serta akhlak umat Islam. mereka menyerang melalui sukan, hiburan, fesyen, pendidikan dan sebagainya.







Di sini inginlah aku memberi contoh serangan Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam melalui beberapa aspek yang aku nyatakan di atas. Yang pertama ialah melalui sukan. Jika kita lihat kesemua atlet yang bertanding dalam Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini, majoritinya lelaki dan perempuan baik Islam ataupun bukan Islam memakai pakaian yang tidak menutup aurat termasuklah atlet dari negara kita dan negara-negara islam yang lain seperti Qatar, U.A.E, Kuwait dan sebagainya. Kalau tidak silap, negara Iran sahaja yang menghantar atlet yang menutup aurat. Dan jika kita tidak berpakaian sedemikian, maka kita akan dilabelkan sebagai jumud, ketinggalan zaman serta sebagainya. Islam tidaklah menghalang umat manusia untuk bersukan. malah, menggalakkan lagi kita untuk bersukan atau beriadah. Rasulullah s.a.w sendiri juga suka akan bersukan. Ini dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”
(Al Hadith)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”
(Riwayat Muslim)


Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi Timbalan Pengerusinya, Sheikh Faysal Mawlawi menegaskan bahawa:“Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.“Manakala aurat bagi seorang lelaki Islam pula ialah dari pusat hingga ke lutut. Justeru, selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita mahupun lelaki melibatkan diri mereka di dalam aktiviti sukan.”








Dr. Ali Muhyy Ed-Deen Al-Qara Daaghi, Ketua di Jabatan Usul al Fiqh, Fakulti Syariah, Universiti Qatar menambah:“Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira. Syarat-syarat tersebut adalah:

1) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki.
2) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka.
3) Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.”



Tidaklah dikatakan jumud dan ketinggalan jika kita menutup aurat dan mengasingkan lelaki dan wanita, malah memberi banyak kesan yang positif terhadap pembinaan akhlak serta sahsiah umat manusia.










Dari segi hiburan pula, banyak rancangan-rancangan  televisyen yang berunsurkan hiburan yang melampau-lampau dan melalaikan ditayangkan. Lihat saja rancangan realiti TV, bermacam-macam jenis ada. Mentor, Akademi Fantasia, Bintang Kecil, dan yang terbarunya Pilih Kasih. Bagaimana kita hendak melahirkan masyarakat yang berilmu,beriman dan bertaqwa jika setiap hari kita ditayangkan dengan lambakan rancangan-rancangan seperti ini yang akhirnya menjadi ikutan masyarakat tidak mengira tua atau muda. Terkini, kajian ( Nielsen 2010 ), Negara Malaysia menduduki tangga kesepuluh daripada 52 buah Negara yang dikaji, rakyatnya paling kuat berhibur. 
 

Itulah di antara contoh serangan-serangan Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam. Mereka berjaya mempengaruhi umat Islam melalui serangan-serangan sebegini yang menjauhkan umat Islam dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang mana dalam satu hadith Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w berpesan dan bersabda yang bermaksud: 
 

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.”  (Riwayat Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)



Sahabat sahabiah sekalian, kita baru sahaja memasuki tahun baru Hijrah. Marilah sama-sama  kita berhijrah. Tidaklah bermaksud kita berhijrah dari satu tempat ke satu tempat  seperti di zaman Rasulullah s.a.w yang berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, tetapi hendaklah mengikut waqi’. Di negara kita yang aman, damai serta harmoni ini, hendaklah kita berhijrah yakni memperbaiki diri kita, sikap kita atau cara hidup kita daripada yang buruk kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik dan daripada yang lebih baik kepada yang terbaik. dan cara hidup yang terbaik dan diredhai Allah tidak lain tidak bukan adalah Islam. Firman Allah s.w.t :

Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”       (surah Ali-Imran, ayat 19)

Saturday, December 4, 2010

SusUr GaLur PenGgUnaAn TaHun HiJrAh

Bismillahirrahmanirrahim….

Pada entri kali ini, aku ingin berk0ngsi sedikit ilmu dengan sahabat dan sahabiah sekalian yang mana aku dapat menerusi tontonan rancangan AL-KULIYYAH pada hari Jumaat baru-baru ini. Walaupun aku sempat menonton dalam sekitar 7-10 minit sahaja oleh kerana aku ada kerja lain, tetapi dalam waktu yang singkat tersebut banyak ilmu dan perkara yang aku per0lehi yang mana aku tak pernah terfikir sekalipun…huhuhuhu…=)

Tajuk AL-KULIYYAH pada hari tersebut ialah berkenaan dengan HIJRAH. Paling malang sekali, aku tak sempat untuk kenal nama ustaz yang menjadi ahli panel pada hari tersebut…tapi tak mengapalah, asalkan aku dapat memperoleh sedikit sebanyak ilmu dari beliau…syukran ya ustaz!! =)

Kebiasaannya, bila sebut sahaja pasal HIJRAH, orang ramai akan mengaitkan dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w dan penduduk Kota Mekah ke Kota Madinah. Dan tujuan penghijrahan tersebut adalah kerana Rasulullah s.a.w mendapat whyu dari Allah s.w.t, mendapat ajakan daripada penduduk Madinah, mengembangkan syiar Islam dan sebagainya. Itu adalah antara tujuan HIJRAH. Selain itu, orang ramai juga akan mengaitkan HIJRAH ini dengan tahun baru dalam Taqwim Hijri yang mempunyai 12 bulan yang bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Dzulhijjah.

Pers0alan yang menarik perhatian aku dalam rancangan tersebut ialah “Bagaimanakah sejarah Tahun Hijrah di ciptakan dan digunakan?” lebih kurang begitulah bunyi soalan tersebut yang dikemukakan oleh moderator rancangan tersebut, Ustaz Fauzi Mustaffa.

Di jawab soalan tersebut oleh ustaz yang menjadi ahli panel pada hari tersebut ialah “ Dari Abu Nu`aym al-Asbahani meriwayatkan dua cerita tentang sejarah penggunaan tahun di zaman Umar. Satu riwayat menyebut, sampai pada Umar dokumen kewangan bertulis Sya`ban. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Umar; ini Sya`ban bila? Yang baru ini ke? Atau yang sebelumnya lagi. Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam di zaman Umar mengadu kepada Umar; setiap kali datang surat kamu pada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ia dihantar kepada kami. Lantaran itu, Umar menjemput para Sahabat untuk membincangkan penentuan tahun.

Mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas kalendar Islam? Beberapa cadangan diberikan, antaranya berasaskan kelahiran Nabi saw, berasaskan kenabian, berasaskan penghijrahan dan berasaskan kewafatan. Namun, Umar bersetuju dengan hijrah sebagai asas dengan alasan: “Hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan”. Dengan itu, diisytiharkan hijrah sebagai asas pengiraan tahun bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu berlaku ialah 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah saw, bererti ia merupakan tahun 17H.

Lebih kurang begitulah jawapan yang di jawab oleh ahli panel tersebut setakat yang aku ingat dan rujuk. Ditanya pula s0alan seterusnya, yang mana s0alan kedua ini mempunyai kesinambungan dengan soalan pertama tadi. “Apakah yang menjadi asas kepada bulan MUHARAM yang menjadi bulan yang pertama dalam Kalendar Islam? Sedangkan, kalau mengikut peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w ianya berlaku pada akhir bulan Safar iaitu lebih tepat lagi pada malam 27 Safar Baginda meninggalkan Kota Mekah dan sampai di Kota Madinah pada 12 Rabiul Awal. Tetapi mengapa bulan Muharam menjadi bulan pertama dalam Kalendar Islam?”

Di jawab pula oleh ahli panel tersebut, sambungan daripada riwayat yang pertama tadi, sahabat-sahabat bertanya, bulan manakah yang akan dimulakan pada tahun HIJRAH? Beberapa pandangan dilontarkan oleh para sahabat. “Antaranya Ramadhan kerana Ramadhan bulan yang mulia,bulan puasa. Ada yang mengatakan Syawal kerana Syawal ialah bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan ada yang memberi cadangan bulan Muharram. Umar memilih Muharram dengan alasan: “Muharram adalah bulan orang ramai bersurai”. Maksudnya, bersurai daripada mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji dilakukan pada bulan Zulhijjah. Ia adalah perhimpunan besar-besaran umat Islam seluruh dunia. Tentu banyak pengalaman menarik sepanjang berhimpun yang boleh mencorak keperibadian muslim yang lebih baik. Kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing selalunya pada bulan Muharram. Mereka kembali pula dengan keperibadian dan azam baru selepas mendapat pengampunan dosa hasil ibadah haji. Justeru, sangat sesuai ia dijadikan sebagai bulan pertama kalendar Islam. Dengan itu, bermulalah penggunaan tahun hijrah dengan Muharram sebagai bulan pertama seterusnya Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban, Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah dan Zulhijjah sebagai bulan ke 12.


Demikian begitulah bunyinya jawapan yang dikemukan oleh ahli panel tersebut. Jadi, sahabat serta sahabiah sekalian, dalam keghairahan kita menyambut tahun baru Hijrah, perlulah kita hayati dan pelajari susur galur asal usul penggunaan tahun Hijrah dan penyusunan bulan dalam tahun Hijrah. Di negara Malaysia, setiap tahun masyarakat akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Masihi. Tidak kira apa jua bangsa dan agama. Masyarakat Islam hari ini juga menyambut kehadiran tahun baru Masihi ini dengan begitu meriah sekali. Berbeza dengan menyambut tahun baru Hijrah. Mereka lebih cenderung untuk meraikan tahun Masihi berbanding mengikut Taqwim Hijrah. Kita harap semuanya ini nanti akan berubah sedikit demi sedikit kepada memeriahkan sambutan Ma’al Hijrah yang bakal kita temui beberapa hari lagi.

Setiap negara akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya. Kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru. Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A’raf ayat 30 yang bermaksud :

“Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya.”

Semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak faedah dan manfaat kepada sahabat serta sahabiah sekalian dan menjadi ‘catalyst’ kepada kita untuk memperbaiki diri kita dalam menyambut tahun baru Islam beberapa hari sahaja lagi. Renung-renungkan dan selamat beramal!!=)

Tuesday, November 30, 2010

PeRkArA hArAm YaNg Di BuAt SlUmBeRrr.....

Di antara syarat diterimanya amal soleh adalah bersih dari riya’ dan sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Orang yang melakukan ibadat dengan maksud agar dilihat manusia lain tak kira la makwe ke, pakwe ke, ibu bapa ke, kawan-kawan hatta orang yang tidak dikenali sekalipun maka dia telah terjerumus pada syirik kecil dan amalnya semuanya menjadi sia-sia……….nauzubillahiminzalik…..=(

Jap2..sebelum pergi lebih ja0h, aku nak terangkan cket ape yang di maksudkan dengan riya’. Perbuatan riya’ adalah satu perbuatan yang dilakukan dengan cara tertentu supaya dilihat orang lain dan dipujinya. Sebagai cont0h laa, seseorang yang menunaikan solat, lalu memperindahkan atau mmperc0melkn s0latnya (cont0h: pergerakan slow m0tion atau baca bacaan dalam solat dengan nyaring ) sedangkan dia mengetahui ada orang yang melihat dan memerhatikannya…haaa..lebih kurg gitu la maksud riya’…=P

Berbeza pula dengan sum’ah, sum’ah ialah satu perbuatan yang dilakukan dengan bermaksud agar di dengar dan di puji oleh orang lain. Cont0hnya, seseorang yang membaca Al-Quran, lalu dia memperindahkan dan mempercunkn suara dan lagunya sedangkn dia tahu ada orang yang dengar dan memperhatikannya…

Jadi, berbalik kita pada riya’ dalam ibadah, Allah s.w.t telah berfirman dalam surah An Nisa’ ayat 142 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”

Demikian juga jika seseorang itu melakukan suatu amalan dengan tujuan agar di beritakan dan di dengar oleh orang lain, ia termasuk syirik kecil. Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada orang sebegini dalam satu hadith yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a :

Maksudnya: “ Barangsiapa melakukan sum’ah, nescaya Allah akan menyebarkan aibnya dan barangsiapa melakukan perbuatan riya’, nescaya Allah akan menyebarkan aibnya.”

Dan sesiapa yang melakukan ibadat tetapi dia melakukannya kerana mengharap pujian manusia disamping redha Allah s.w.t maka amalannya menjadi sia-sia belaka (ibarat tin kos0ng..=P). Seperti yang disebutkan dalam satu hadith Qudsi, riwayat Muslim :

“Aku adalah Sekutu Yang Maha Cukup, sangat menolak perbuatan syirik. Barangsiapa melakukan suatu amal dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, nescaya Aku tinggalkan dia dan (tidak Aku terima) amal syiriknya.”

Jika seseorang itu melakukan amal s0leh, tiba-tiba terdetik dalam hatinya perasaan riya’, tetapi dia membenci perasaan tersebut, berusaha melawan dan menyingkirkannya maka amalannya tetap sah. Berbeza pula jika seseorang itu diam sahaja dengan perasaan riya’ tersebut, tidak usaha untuk fight dan menyingkirkan bahkan menikmatinya pula, maka menurut sebahagian besar ulama’ amal yang dilakukannya menjadi batal dan sia-sia saja…..

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita check dan muhasabah diri kita balik sama ada kita pernah mempunyai perasaan riya’ ataupum sum’ah dalam melakukan amal ibadat kita. Jika ada, sama-samalah kita memoh0n keampunan dari Allah s.w.t Yang Maha Pengampun serta mempertingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita dalam kehidupan seharian untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t…..WALLAHUA’LAM…..

Sunday, November 28, 2010

sAya buDak BarU BlajA

Salam Ukhwah....


Alhamdulilllah...hasrat ak utk mmbuat blog sbgai salah satu medium dakwah akhirnya telah trcapai..mgkin bg org laen mudh utk wt bl0g...tp bg ak sush...hahahahah!!!nk ta0 nape sush bg ak??sbb ak ni buta IT cket...hahahah!!! (tambah mls nk explore..huhuh) sbb 2 la lmbt ckit hasrat ak nk brbl0g trcapai....hahahahah!!!!


Trime kasih kpd shabat2 yg sudi ajar ak wt bl0g n bg smngt kt ak tuk wt bl0g...mmg btol dan benar skali apa yg tlh d nyatakan dlam Al-Quran


(( فسئلوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون))
Maksudnya: Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui (akan sesuatu perkara).


S0, drpd ayt ini, scara mudhnya kita fham, jika kita tidak tahu mngenai sesuatu prkara, tnyelah kpd org yg mngetahui prkara trsebut...kalau xta0 nk wt bl0g, tnyela org yg pandai wt bl0g..hahahhaha!!klu xpandai baca Quran,tnye la n blaja la baca Quran dgn org yg mahir baca Quran...jgn suke2 baca je..haram...


Ak hrap dgn ade bl0g ni sdikit sbyk dpt bantu ak dlm mnambahkan ilmu pengetahuan..firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kahfi ayt 109 maksudnya:


"Katakanlah: sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".


Ayt ini menjelaskan bahawa ilmu Allah s.w.t ini sngguh banyak n trlalu banyak...tidak cukup walaupun seluruh lautan mnjadi tinta dan dakwat utk mnulis ilmu-ilmu Allah..begitu skali prumpamaan yg dtnjukkn oleh Allah kepada umat manusia tntg ilmu..


Kesimpulannya, ak hrap n bd0a agar ak trus istiqamah dlm mcari ilmu dan mnyampaikan ilmu dlam plbagai medium trmasuk mlalui bl0g ni...utk shabat2 yg knal dri ini, d0akan spaya ak trus istiqamah dlm mncari ilmu n tegur jika ak mlakukan ksalahan n ksilapan...wallahua'lam...=P