Saturday, December 4, 2010

SusUr GaLur PenGgUnaAn TaHun HiJrAh

Bismillahirrahmanirrahim….

Pada entri kali ini, aku ingin berk0ngsi sedikit ilmu dengan sahabat dan sahabiah sekalian yang mana aku dapat menerusi tontonan rancangan AL-KULIYYAH pada hari Jumaat baru-baru ini. Walaupun aku sempat menonton dalam sekitar 7-10 minit sahaja oleh kerana aku ada kerja lain, tetapi dalam waktu yang singkat tersebut banyak ilmu dan perkara yang aku per0lehi yang mana aku tak pernah terfikir sekalipun…huhuhuhu…=)

Tajuk AL-KULIYYAH pada hari tersebut ialah berkenaan dengan HIJRAH. Paling malang sekali, aku tak sempat untuk kenal nama ustaz yang menjadi ahli panel pada hari tersebut…tapi tak mengapalah, asalkan aku dapat memperoleh sedikit sebanyak ilmu dari beliau…syukran ya ustaz!! =)

Kebiasaannya, bila sebut sahaja pasal HIJRAH, orang ramai akan mengaitkan dengan penghijrahan Rasulullah s.a.w dan penduduk Kota Mekah ke Kota Madinah. Dan tujuan penghijrahan tersebut adalah kerana Rasulullah s.a.w mendapat whyu dari Allah s.w.t, mendapat ajakan daripada penduduk Madinah, mengembangkan syiar Islam dan sebagainya. Itu adalah antara tujuan HIJRAH. Selain itu, orang ramai juga akan mengaitkan HIJRAH ini dengan tahun baru dalam Taqwim Hijri yang mempunyai 12 bulan yang bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Dzulhijjah.

Pers0alan yang menarik perhatian aku dalam rancangan tersebut ialah “Bagaimanakah sejarah Tahun Hijrah di ciptakan dan digunakan?” lebih kurang begitulah bunyi soalan tersebut yang dikemukakan oleh moderator rancangan tersebut, Ustaz Fauzi Mustaffa.

Di jawab soalan tersebut oleh ustaz yang menjadi ahli panel pada hari tersebut ialah “ Dari Abu Nu`aym al-Asbahani meriwayatkan dua cerita tentang sejarah penggunaan tahun di zaman Umar. Satu riwayat menyebut, sampai pada Umar dokumen kewangan bertulis Sya`ban. Lalu timbul pertanyaan dalam diri Umar; ini Sya`ban bila? Yang baru ini ke? Atau yang sebelumnya lagi. Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di kalangan gabenor wilayah Islam di zaman Umar mengadu kepada Umar; setiap kali datang surat kamu pada kami, ia tidak mempunyai tahun. Kami tidak pasti bilakah ia dihantar kepada kami. Lantaran itu, Umar menjemput para Sahabat untuk membincangkan penentuan tahun.

Mereka bersetuju bahawa penentuan tahun perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang berlaku. Persoalannya apakah peristiwa yang boleh dijadikan asas kalendar Islam? Beberapa cadangan diberikan, antaranya berasaskan kelahiran Nabi saw, berasaskan kenabian, berasaskan penghijrahan dan berasaskan kewafatan. Namun, Umar bersetuju dengan hijrah sebagai asas dengan alasan: “Hijrah itu membezakan antara kebenaran dan kebatilan”. Dengan itu, diisytiharkan hijrah sebagai asas pengiraan tahun bagi umat Islam. Tahun perbincangan itu berlaku ialah 17 tahun selepas berlakunya hijrah Rasulullah saw, bererti ia merupakan tahun 17H.

Lebih kurang begitulah jawapan yang di jawab oleh ahli panel tersebut setakat yang aku ingat dan rujuk. Ditanya pula s0alan seterusnya, yang mana s0alan kedua ini mempunyai kesinambungan dengan soalan pertama tadi. “Apakah yang menjadi asas kepada bulan MUHARAM yang menjadi bulan yang pertama dalam Kalendar Islam? Sedangkan, kalau mengikut peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w ianya berlaku pada akhir bulan Safar iaitu lebih tepat lagi pada malam 27 Safar Baginda meninggalkan Kota Mekah dan sampai di Kota Madinah pada 12 Rabiul Awal. Tetapi mengapa bulan Muharam menjadi bulan pertama dalam Kalendar Islam?”

Di jawab pula oleh ahli panel tersebut, sambungan daripada riwayat yang pertama tadi, sahabat-sahabat bertanya, bulan manakah yang akan dimulakan pada tahun HIJRAH? Beberapa pandangan dilontarkan oleh para sahabat. “Antaranya Ramadhan kerana Ramadhan bulan yang mulia,bulan puasa. Ada yang mengatakan Syawal kerana Syawal ialah bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan ada yang memberi cadangan bulan Muharram. Umar memilih Muharram dengan alasan: “Muharram adalah bulan orang ramai bersurai”. Maksudnya, bersurai daripada mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji dilakukan pada bulan Zulhijjah. Ia adalah perhimpunan besar-besaran umat Islam seluruh dunia. Tentu banyak pengalaman menarik sepanjang berhimpun yang boleh mencorak keperibadian muslim yang lebih baik. Kepulangan mereka ke kampung halaman masing-masing selalunya pada bulan Muharram. Mereka kembali pula dengan keperibadian dan azam baru selepas mendapat pengampunan dosa hasil ibadah haji. Justeru, sangat sesuai ia dijadikan sebagai bulan pertama kalendar Islam. Dengan itu, bermulalah penggunaan tahun hijrah dengan Muharram sebagai bulan pertama seterusnya Safar, Rabi`ul Awwal, Rabi`ul Akhir, Jumadil Awwal, Jumadil Akhir, Rajab dan Sya`ban, Ramadhan, Syawwal, Zulkaedah dan Zulhijjah sebagai bulan ke 12.


Demikian begitulah bunyinya jawapan yang dikemukan oleh ahli panel tersebut. Jadi, sahabat serta sahabiah sekalian, dalam keghairahan kita menyambut tahun baru Hijrah, perlulah kita hayati dan pelajari susur galur asal usul penggunaan tahun Hijrah dan penyusunan bulan dalam tahun Hijrah. Di negara Malaysia, setiap tahun masyarakat akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Masihi. Tidak kira apa jua bangsa dan agama. Masyarakat Islam hari ini juga menyambut kehadiran tahun baru Masihi ini dengan begitu meriah sekali. Berbeza dengan menyambut tahun baru Hijrah. Mereka lebih cenderung untuk meraikan tahun Masihi berbanding mengikut Taqwim Hijrah. Kita harap semuanya ini nanti akan berubah sedikit demi sedikit kepada memeriahkan sambutan Ma’al Hijrah yang bakal kita temui beberapa hari lagi.

Setiap negara akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya. Kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru. Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A’raf ayat 30 yang bermaksud :

“Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya.”

Semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak faedah dan manfaat kepada sahabat serta sahabiah sekalian dan menjadi ‘catalyst’ kepada kita untuk memperbaiki diri kita dalam menyambut tahun baru Islam beberapa hari sahaja lagi. Renung-renungkan dan selamat beramal!!=)

4 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

salam maal hijrah sahabat..
post yg bagus..
smoga pmbaca dpt mndpt input yg bnar tntg asal usul thn hjrah kite.. (^_^)

Ummu Khalyf said...

well done~ masuk belog ni dpt pengisian, i think, boleh letak gambar2 siket ke~ ehe, i mean its not just one whole tulisan kan. satu2 penulisan yg baik, kena sertakan gambar sekali utk memudahkan readers membaca n tidak membosankan readers~ tips hari ni~ =)

Fathi Ramli said...

hazwn: syukran..=)
dr.cinta: insyAllah ana akn letak gamba...tq utk tips...=)

انا الفقير said...

terbaik r sahabat ambo lening.....
da ade blog.
semoga ianya menjadi salah satu wadah dalam menyebarkan ilmu dan dakwah kepada seluruh umat manusia untuk kesejahteraan dunia akhirat.

Post a Comment